Alhamdulillah. Lepas balik dari kampung (even cuma 3 hari), hati rasa lebih lapang. Nak wat kerja yang makin berlambak pun lebih tenang dan terbuka*. Hehe. Apa nak buat. Kalau ikutkan hati memang dah malas sangat. Tapi, terlalu ikutkan hati nanti mati*. Lagi pun, ni pun salah satu amanah dan tanggungjawab jugak kan? Hehe. Even payah dan rasa macam terpaksa, aku try untuk ikhlaskan hati. Orang lain kerja week days je, tapi aku macam advance pulak sabtu ahad pun nak pergi fakulti mengadap pc buat processing*. Takpelah, mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Terfikir jugak kadang-kadang, sebab apa aku mesti buat semua ni, belajar tinggi-tinggi, (tinggi ke?), buat research bagai. Hmmm. Sebab nak dapat pointer bagus? Sebab nak dapat kerja bagus?? Hehe. Honestly, sebab yang tersenarai tu diakui memang alasan aku yang tak dapat nak dinafikan pun. Tapi tadi masa on the way nak ke fakulti, tiba-tiba terlintas kat kepala ni.
one side of aku kata,
"cuba kalau buat sesuatu tu Lillahi Ta'ala. Mesti kau tak penat Nora".
another* side of aku pulak kata,
"cakap senang lah......".
Haha. Gila kan aku. Macam manusia yang ada multiple character pulak. Hehe. Ahh sudah, balik pada topik asal :p. Okey, rasanya semua orang pun payah nak buat sesuatu tu kerana Dia satu-satunya. Mesti niatnya ada tercorner ke lain. :D Memang tu lah manusia. Sebab tu kita digalakkan perbaharui niat setiap kali buat sesuatu. Its okay kalau tak boleh jadi yang terbaik. Tapi kena lah berusaha untuk jadi lebih baik. Lebih-lebih lagi dihadapan Pencipta kita. Betul tak?
Lately, terasa sangat cepat masa berlalu. Pejam celik dah masuk minggu yang ke-9 sebelum final year semester berakhir. Bila aku fikir-fikir, mampu ke nak siapkan semua ni before study week? Erkk. Macam tak larat je. Huhu. Larat ke tak larat ke, kena jugak buat (muka terpaksa). Nak tau tak, kadang-kadang, rasa terpaksa dan berat hati boleh mencambahkan keikhlasan. Maybe ada yang setuju, dan maybe ada yang tak setuju. Nak terang kat sini pun susah. Tapi based on experience, ia boleh terjadi. Sebab keikhlasan tu sangat subjektif. Takde siapa boleh judge someone tu betul-betul ikhlas or tak. Sebab hak menilai keikhlasan seseorang itu adalah hak dan kuasa mutlak ALLAH S.W.T. Yang penting hati. Kalau hati mengharapkan ikhlas tanpa menzahirkan keikhlasan tersebut, even mulanya terpaksa, boleh jadi akhirnya sesuatu amal tu akan dilakukan dengan hati yang ikhlas. In sya ALLAH.
Kita amalkan surah al-Ikhlas k!!! |
Okay, nak sambung buat kerja. Kejap lagi SV nak check result. Huhu. Akhir kata, apa-apa kerja sekalipun (kerja yang baik), kita niatkan kerana ALLAH ye. JOM!!!