ORDER ATAU PERTANYAAN

ORDER ATAU PERTANYAAN

Saturday, April 13, 2013

Terpaksa vs Ikhlas

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Lepas balik dari kampung (even cuma 3 hari), hati rasa lebih lapang. Nak wat kerja yang makin berlambak pun lebih tenang dan terbuka*. Hehe. Apa nak buat. Kalau ikutkan hati memang dah malas sangat. Tapi, terlalu ikutkan hati nanti mati*. Lagi pun, ni pun salah satu amanah dan tanggungjawab jugak kan? Hehe. Even payah dan rasa macam terpaksa, aku try untuk ikhlaskan hati. Orang lain kerja week days je, tapi aku macam advance pulak sabtu ahad pun nak pergi fakulti mengadap pc buat processing*. Takpelah, mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Terfikir jugak kadang-kadang, sebab apa aku mesti buat semua ni, belajar tinggi-tinggi, (tinggi ke?), buat research bagai. Hmmm. Sebab nak dapat pointer bagus? Sebab nak dapat kerja bagus?? Hehe. Honestly, sebab yang tersenarai tu diakui memang alasan aku yang tak dapat nak dinafikan pun. Tapi tadi masa on the way nak ke fakulti, tiba-tiba terlintas kat kepala ni.

one side of aku kata,
"cuba kalau buat sesuatu tu Lillahi Ta'ala. Mesti kau tak penat Nora".

another* side of aku pulak kata,
"cakap senang lah......".

Haha. Gila kan aku. Macam manusia yang ada multiple character pulak. Hehe. Ahh sudah, balik pada topik asal :p. Okey, rasanya semua orang pun payah nak buat sesuatu tu kerana Dia satu-satunya. Mesti niatnya ada tercorner ke lain. :D Memang tu lah manusia. Sebab tu kita digalakkan perbaharui niat setiap kali buat sesuatu. Its okay kalau tak boleh jadi yang terbaik. Tapi kena lah berusaha untuk jadi lebih baik. Lebih-lebih lagi dihadapan Pencipta kita. Betul tak? 


Lately, terasa sangat cepat masa berlalu. Pejam celik dah masuk minggu yang ke-9 sebelum final year semester berakhir. Bila aku fikir-fikir, mampu ke nak siapkan semua ni before study week? Erkk. Macam tak larat je. Huhu. Larat ke tak larat ke, kena jugak buat (muka terpaksa). Nak tau tak, kadang-kadang, rasa terpaksa dan berat hati boleh mencambahkan keikhlasan. Maybe ada yang setuju, dan maybe ada yang tak setuju. Nak terang kat sini pun susah. Tapi based on experience, ia boleh terjadi. Sebab keikhlasan tu sangat subjektif. Takde siapa boleh judge someone tu betul-betul ikhlas or tak. Sebab hak menilai keikhlasan seseorang itu adalah hak dan kuasa mutlak ALLAH S.W.T. Yang penting hati. Kalau hati mengharapkan ikhlas tanpa menzahirkan keikhlasan tersebut, even mulanya terpaksa, boleh jadi akhirnya sesuatu amal tu akan dilakukan dengan hati yang ikhlas. In sya ALLAH

Kita amalkan surah al-Ikhlas k!!!

Okay, nak sambung buat kerja. Kejap lagi SV nak check result. Huhu. Akhir kata, apa-apa kerja sekalipun (kerja yang baik), kita niatkan kerana ALLAH ye. JOM!!! 

Monday, April 8, 2013

Alhamdulillah

Syukur pada ALLAH S.W.T., masih diberi peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini. Segala puji padaMu Ya Rabb, memberikan peluang untukku bertemu insan-insan kesayanganku, mak, abah, adik-adik, abang-abang dan kakak ku. Indah rasanya bangun pagi ni bila di rumah. Heheh. Terus hilang beban fikiran yang ditanggung sejak 1 2 bulan ni. Huhu.

pinjam mr.google punya pic :D

Banyak perkara yang aku lalui sejak bergelar pelajar tahun akhir. Macam-macam perkara baru terjadi yang makin mematang diri. Belajar untuk hidup berdikari tanpa bergantung dengan orang lain. Ya. Itulah yang sedang aku lakukan saat ni. Kadang-kadang, terfikir juga. Sekarang ni baru bergelar student, macam tak cukup tangan dibuatnya. Kalau nanti sudah berumah tangga dan mempunyai anak-anak (hmm anak-anak?. Haha), macam manalah keadaannya. Hihihi. Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu/cubaan/dugaan yang melebihi kemampuan hambaNya. 


a married woman. fuhh. mcm ni ke nt?haha

Sungguh, dugaan yang datang adalah tanda rindu dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA. Selebihnya bergantung pada kita bagaimana harus bertindak dan menangani dugaan tersebut berbekalkan iman, semangat, usaha dan tawakal. Alhamdulillah. Moga ALLAH mudahkan jalan.

Dikelilingi insan-insan istimewa yang membuatkan diri ini juga ingin melangkah seiring dengan mereka. Banyak yang aku pelajari. Belajar untuk memberi dan menerima. Terima kasih buat kalian yang sentiasa tak jemu. Hehe. Ada masanya aku sengaja mendegilkan hati ku. Bukan sebab aku tak dapat terima nasihat kalian, tapi sebab aku rasa takut untuk mulakan langkah. Kalian memang sangat kuat. Dugaan yang kalian hadapi jauh lagi besar dari dugaan yang ku hadapi. Moga ALLAH mudahkan jalan kita semua. Aku sedang menuju ke arah itu. Namun bimbang kiranya aku tidak kuat untuk terus melangkah. Langkah yang kecil ku ambil, ku harap dapat menjadi satu titik permulaan untuk terus melangkah.

Selama ku meniti hari-hari sebagai pelajar tahun akhir ni, aku berjinak-jinak dengan usrah, satu perkara yang amat asing dulunya. Bertemu dan bergaul dengan insan-insan semasa usrah ni memberi satu suasana yang berbeza. Berbincang segala-galanya dengan merujuk pada al-Quran dan Hadith. Masa mula-mula join usrah, memang agak janggal dan terasa macam alien. Hehe. Yelah, akak-akak dan rakan-rakan usrah yang lain masing-masing dah kenal rapat. Lagi pun, group usrah yang aku join tak sekali dengan sahabat-sahabatku yang lain yang sudah terlebih dahulu berjinak-jinak dengan usrah. So, no wonder lah rasa macam terpinggir. Hihi. Tapi mereka semua sebenarnya sangat-sangat welcoming. Jadi, mula-mula je rasa tak selesa lepas tu macam rapat pulak. Hehe. 

lebih kurg mcm ni la gaye nye kalau ber'usrah'.hihi.

Dah 8 bulan juga la aku join usrah. Tak banyak yang aku ubah kalau dilihat secara lahiriah. Secara batiniah, biarlah hanya ALLAH yang menilai. Hanya satu yang aku ingin katakan di sini, ilmu ALLAH itu sangat luas. Makin dicari, makin banyak sebenarnya yang perlu dicari. Dari sekecil-kecil ilmu hinggalah pada peringkat yang lebih tinggi. Aku masih belajar dan masih lagi mencari. Kiranya ada yang aku lakukan tidak disenangi dan melampaui batasan, tegurlah aku. Insha ALLAH, akan aku perbaiki.

Istiqamah itu sangat penting dan itulah satu-satunya perkara yang payah untuk dilakukan berbekalkan iman yang lemah di dada. Ya ALLAH, aku mohon pengertianMu, bantulah hambaMu ini agar aku istiqamah dalam beribadat kepadaMu. Limpahkanlah rahmat dan pertolonganMu atas kami, hamba-hambaMu. Amin Ya Rabb al A'lamin.

May ALLAH bless all of us. AMIN.


Related Posts with Thumbnails