ORDER ATAU PERTANYAAN

ORDER ATAU PERTANYAAN

Friday, March 19, 2010

Yang berlalu, biarlah berlalu....




Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kegagalan dan kedukaan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang BODOH dan GILA. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi kita untuk meneruskan hidup seadanya.


Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. kita harus megurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Hal ini kerana, pelbagai peristiwa sudah menjadi sejarah dan kini segalanya telah berakhir.


Maka dengan itu, tiada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ia memang sudah tiada.


Janganlah kita hidup dalam mimpi2 buruk pada masa lalu atau di bawah bayang2 kesedihan masa lampau. Angkatla diri kita daripada fantasi itu!!!! Apakah kita mengharapkan berbagai-bagai musibah dan pengorbanan untuk berulang kembali??? Apakah kita menginginkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata kita???


Dengan kembali ke masa lalu, beerti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tidak ubah seperti api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa laludan ia merupakan keadaan yang amat menyedihkan dan menakutkan.



Bencana akan berlaku sekiranya kita lemah meghadapi cabaran masa kini dan asyik menyibukkan diri dengan kesedihan sejarah silam. Kita menyia2kan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya manusia dan jin bersatu mengembalikan sema hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.





Manusia seharusnya tidak memalingkan wajahnya ke belakang melihat kisah2 hitam yang menghantui hidup mereka; kerana angin hanya sentiasa berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akn sentiasa bergerak ke depan. Oleh itu, lepaskanlah sejarah silam yang masih mengikat diri kita dan pupuklah semnagat dan harapan yang baru agar hidup menjadi lebih baik dan berjaya. Ya. Kita belajar daripada pengalaman, bukan pengalaman yang mengajar kita.




Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
(Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan)

No comments:

Related Posts with Thumbnails