ORDER ATAU PERTANYAAN

ORDER ATAU PERTANYAAN
Showing posts with label ~Motivasi Diri~. Show all posts
Showing posts with label ~Motivasi Diri~. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

~~Jadikan Kritikan Tajam Sebagai Penghormatan~~



Sang Pencipta Yang Maha Mulia seringkali mendapat cacian dan cercaan drpd golongn-golongn jahil dn tidak beriman. Maka, apalagi kte sbg manusia yang terlalu byak cacat celanya dn sentiasa melakukan pelbagai kesilapan..hmm dlm hdup ni sekiranya kte sorg yg selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dn punya inisiatif utk mbgun, maka kte akn slalu bdepan dgn pelbagai kritikan3 yg pedas dn pahit. Mungkin juga kte akn mdpt cemuhan dn hinaan drpd org laen.

Waspadalah terhdap apa yg mreka katakn. Kte perlu kuatkn jiwa utk mndengar kritikan, cemuhan dn hinaan mereka! Bersikaplah seperti batu karang: tetap kukuh berdiri meskipun di terpa butiran2 salji yg mnderanya setiap saat dn ia mnjadi semakin kukuh kerananya!

Sekiranya kte berasa terusik dn terpengaruh dgn kritikan atau cemuhan mereka, beerti kte telah meluluskan keinginan mereka utk mgotori dn mencemari kehidupan kte. Pdahal, yg tebaek adalah menjawab atau membalas kritikn mereka dgn akhlak yg baik dn jitu. Acuhkan saje mreka dn jgn kte merasa tertekan oleh setiap perbuatan mreka yg berniat menjatuhkan. Sebab, kritikan mreka yg menyakitkan itu pd hakikatnye mrupakan ungkapan 'penghormatan' utk kte.

Fikirlah: Semakin tggi drjat n posisi yg kte duduki, semakin pdas dn pahit la kritikan yg akn kte trime...

Kte tdak mampu menahan dn mnutup mlut mreka serta mnahan gerak lidah mereka. Hnya yg kte mampu: MENGUBURKAN DALAM2 SETIAP KRITIKAN MEREKA, dn bersikap acuh x acuh kpade mreka.

Sebaik2nye lawanla perkataan mereka yg bruk dgn diam seribu bhase dgn cre mperbaiki akhlak dn membetulkan setiap kesalahan kte. Dn ble kte ingin dtrime oleh org laen, dcintai semua org, terhindar dr cela, beerti kte menginginkan sesuatu yg pd umumnya mustahil terjadi.

Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
(Jangan Bersedih: Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan)

"....setelah mbace petikan di ats, sy sedar yg dri ini sgt lemah..mbiarkn kemarahan bermaharajalela..mnerime pndpt tp mbalas juge dgn kate2 yg pedas..bsikap tdak mahu mgalah..btape syaitan btepuk2 tgan myaksikn..masyaALLAH3..:(....."

"....Ya Allah..lindungilah hambaMU ini drpd nafsu amarah dn godaan syaitan yg sentiase ingin menyesatkan hambe2MU..Berilah aku hidayah agar dri ini tdak tersesat jauh dr jalanMU....amin..."

Saturday, March 20, 2010

Friday, March 19, 2010

Yang berlalu, biarlah berlalu....




Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kegagalan dan kedukaan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang BODOH dan GILA. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi kita untuk meneruskan hidup seadanya.


Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. kita harus megurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Hal ini kerana, pelbagai peristiwa sudah menjadi sejarah dan kini segalanya telah berakhir.


Maka dengan itu, tiada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ia memang sudah tiada.


Janganlah kita hidup dalam mimpi2 buruk pada masa lalu atau di bawah bayang2 kesedihan masa lampau. Angkatla diri kita daripada fantasi itu!!!! Apakah kita mengharapkan berbagai-bagai musibah dan pengorbanan untuk berulang kembali??? Apakah kita menginginkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata kita???


Dengan kembali ke masa lalu, beerti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tidak ubah seperti api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa laludan ia merupakan keadaan yang amat menyedihkan dan menakutkan.



Bencana akan berlaku sekiranya kita lemah meghadapi cabaran masa kini dan asyik menyibukkan diri dengan kesedihan sejarah silam. Kita menyia2kan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya manusia dan jin bersatu mengembalikan sema hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.





Manusia seharusnya tidak memalingkan wajahnya ke belakang melihat kisah2 hitam yang menghantui hidup mereka; kerana angin hanya sentiasa berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akn sentiasa bergerak ke depan. Oleh itu, lepaskanlah sejarah silam yang masih mengikat diri kita dan pupuklah semnagat dan harapan yang baru agar hidup menjadi lebih baik dan berjaya. Ya. Kita belajar daripada pengalaman, bukan pengalaman yang mengajar kita.




Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
(Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Related Posts with Thumbnails