ORDER ATAU PERTANYAAN

ORDER ATAU PERTANYAAN

Saturday, March 8, 2014

AWAS DENGAN PRODUK SHAKLEE!! BYK PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TTG SHAKLEE!

KEBURUKAN PRODUK SHAKLEE YANG KITA PERLU TAHU.

1.       Shaklee Tiada Kilang di Malaysia
Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shakle hanya ada di Negara luar sahaja, terutamanya di USA, kenapa ya? Mudah sunguh jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk mereka, jadi pengeluaran produk memang memerlukan tapisan dan kawalan yan ketat.

2.       Shaklee Tuada Sijil Halal JAKIM
Hhmmm. Isu ini sedng hangat diperdebatkan. Sebagai umat Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal. Cara utuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak, kita tengok logo halal yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya, Shaklee tiada sijil halal JAKIM. TETAPI Shaklee ada sijil dari ISA.

Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap Negara yang mempunyai penduduk beragama Islam aka nada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di Negara tersebut. Maka di US, badan tersebut di kenali sebagai ISA. ISA pula sudah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar Negara yang diiktiraf status halalnya di Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu meletakkan lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA ni keluarkan sijil halal ni setiaptahun.

3.       Produk Shaklee Mahal Sangat
Saya sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising dan membandingkan harga produk Shaklee dengan produk vitamin lain. Sebenarnya,mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang mahal ni boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Malah ad yang tahan sehingga ^ bulan. Jadi, jika difikirkan semula, harga produk Shaklee sebenarnya jauh lebih murah dari vitamin jenama lain jika dibahagikan mengikut bulan.  Contohnya, Vita-C Shaklee berharga RM92.50 sebotol yang mengandungi 180 tablet di dalamnya. Jika kita mengambil sebiji sehari tanpa skip pengambilannya boleh tahan utuk 6 bulan. Maka, sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk vitamin c Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu..! hehe

4.       Produk Shaklee Susah Nak Dibeli
Selalu saya dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee ni susah sungguh nak beli. Di farmasi tak jual pun.. apatah lagi di TESCO, GIANT, WATSON da sebagainya. Kenapa ye?? Sebabnya Shaklee adalah produk kesihatan eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosikan seperti COLGATE, PANTENE dan sebagainya. Hal ini kerana produkShaklee sememamgnya sudah kukuh asanya dan telah terbukti keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan bayak yang telah dipatenkan.


5.       Produk Shaklee Cepat Habis Stok
Sekarang ni memang sedang fenomena Shaklee di mamna-mana shaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok Shaklee asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee ni. Nak continue produk je, habis..hhmm.. Hebat sungguhlah Shaklee ni… Ramai yang percaya.

6.       Produk Shaklee Tak Menarik Dari Segi Bau Dan Warna
Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang baunya agak kuat.. lagi-lagi kalau kita letakkan di suhu bilik, memang berbau satu bilik tau.. lagi satu produk Shaklee yang bau agak tak berapa wangi adalah Nutriwhite jika dibandingkan dengan pencuci uka lain memang Nutriwhite ni kalahlah..hehe.. Lagi satu, warna yang tak menarik…tak warna warni pun…kenapa ye? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produkny adalah semulajadi, so takdelah tambahan warna dan pewangi lain..semuanya bahan semula jadi. Tiada bahan kimia ye

7.       Produk Shaklee Tahan Panas
Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas. Terutamanya, yang dalam bentuk kapsul seperti Omega Guard, GLA, Lecithin dan Vit E. Sebab apa jadi macam tu? Sebab produk Shaklee ni tiada bahan pengawet dan bahan kimia lain. So seelok-eloknya, janganlah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat tengah panas macam dalam kereta yang berjemur ke.. nanti habis lah segala zat dan nutrient dalamnya musnah.

8.       Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik
Pernah tak Nampak di dalam botol-botol yang ada gelslica. Apa fugsi gel silica ni? Gel ini berfungsi untuk menyerap kelembapan. Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud vitamin itu adalah vitamin sintetik. Tapi dalam botol produk Shaklee memang tiada gel silica ni sebab semua produk Shaklee adalah dari bahan semulajadi yang natural… bukan sintetik.. Jadi mana yang lebih baik. SEMULAJADI atau SINTETIK?! Fikirkanlah…

9.       Produk Shaklee Lama Nak Habis
Saya dah bagi contoh di atas tadi…contoh tentang Vit C yang ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan. Zink Complex dan Vitalea yang ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4 bulan..lama sungguh..jadi, kalau rasa nak cepat habis vitamin tu silalah kongsi dengan ahli keluarga anda, confirm habis cepat…hehe

10.   Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan
Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang mengalami kesan sampingan. Ada yang rasa badan lemah, lenguh, panas dan loya muntah. Sebabnya, badan kita ni nak mengubah corak pemakanan..yelah, kalau sebelum ni kita makan macam2, tak kisah pun sama ada ia banyak kolestrol dan kandungan gula yang tinggi…lepas ambil vitamin Shaklee, kita sebenanya sedang membiasakan diri dengan vitamin tersebut. Vitamin itu sedang menyahtoksinkan semua bahan yag tak perlu dalam badan kita. Sebab itula kita merasa kesan sampingan n.. Dan sebenarnya kesan sampingan ni adalah krisis pemulihan badan kita sendiri…tetapi ramai yang tidak tahu..jadi bersabarlah ye..

11.   Shaklee Tiada Duta Produk
Banyak betul jenama produk yang membayar artis2 terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi Shaklee tidak pun. Kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka yang biasa2 ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee sememangnya suda kukuh dan semulajadi selamat, berkesan dan terbukti selama lebih 50 tahun.


J itu saje..credit pada rakan SID juga. 

Saturday, April 13, 2013

Terpaksa vs Ikhlas

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Lepas balik dari kampung (even cuma 3 hari), hati rasa lebih lapang. Nak wat kerja yang makin berlambak pun lebih tenang dan terbuka*. Hehe. Apa nak buat. Kalau ikutkan hati memang dah malas sangat. Tapi, terlalu ikutkan hati nanti mati*. Lagi pun, ni pun salah satu amanah dan tanggungjawab jugak kan? Hehe. Even payah dan rasa macam terpaksa, aku try untuk ikhlaskan hati. Orang lain kerja week days je, tapi aku macam advance pulak sabtu ahad pun nak pergi fakulti mengadap pc buat processing*. Takpelah, mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Terfikir jugak kadang-kadang, sebab apa aku mesti buat semua ni, belajar tinggi-tinggi, (tinggi ke?), buat research bagai. Hmmm. Sebab nak dapat pointer bagus? Sebab nak dapat kerja bagus?? Hehe. Honestly, sebab yang tersenarai tu diakui memang alasan aku yang tak dapat nak dinafikan pun. Tapi tadi masa on the way nak ke fakulti, tiba-tiba terlintas kat kepala ni.

one side of aku kata,
"cuba kalau buat sesuatu tu Lillahi Ta'ala. Mesti kau tak penat Nora".

another* side of aku pulak kata,
"cakap senang lah......".

Haha. Gila kan aku. Macam manusia yang ada multiple character pulak. Hehe. Ahh sudah, balik pada topik asal :p. Okey, rasanya semua orang pun payah nak buat sesuatu tu kerana Dia satu-satunya. Mesti niatnya ada tercorner ke lain. :D Memang tu lah manusia. Sebab tu kita digalakkan perbaharui niat setiap kali buat sesuatu. Its okay kalau tak boleh jadi yang terbaik. Tapi kena lah berusaha untuk jadi lebih baik. Lebih-lebih lagi dihadapan Pencipta kita. Betul tak? 


Lately, terasa sangat cepat masa berlalu. Pejam celik dah masuk minggu yang ke-9 sebelum final year semester berakhir. Bila aku fikir-fikir, mampu ke nak siapkan semua ni before study week? Erkk. Macam tak larat je. Huhu. Larat ke tak larat ke, kena jugak buat (muka terpaksa). Nak tau tak, kadang-kadang, rasa terpaksa dan berat hati boleh mencambahkan keikhlasan. Maybe ada yang setuju, dan maybe ada yang tak setuju. Nak terang kat sini pun susah. Tapi based on experience, ia boleh terjadi. Sebab keikhlasan tu sangat subjektif. Takde siapa boleh judge someone tu betul-betul ikhlas or tak. Sebab hak menilai keikhlasan seseorang itu adalah hak dan kuasa mutlak ALLAH S.W.T. Yang penting hati. Kalau hati mengharapkan ikhlas tanpa menzahirkan keikhlasan tersebut, even mulanya terpaksa, boleh jadi akhirnya sesuatu amal tu akan dilakukan dengan hati yang ikhlas. In sya ALLAH. 

Kita amalkan surah al-Ikhlas k!!!

Okay, nak sambung buat kerja. Kejap lagi SV nak check result. Huhu. Akhir kata, apa-apa kerja sekalipun (kerja yang baik), kita niatkan kerana ALLAH ye. JOM!!! 

Monday, April 8, 2013

Alhamdulillah

Syukur pada ALLAH S.W.T., masih diberi peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini. Segala puji padaMu Ya Rabb, memberikan peluang untukku bertemu insan-insan kesayanganku, mak, abah, adik-adik, abang-abang dan kakak ku. Indah rasanya bangun pagi ni bila di rumah. Heheh. Terus hilang beban fikiran yang ditanggung sejak 1 2 bulan ni. Huhu.

pinjam mr.google punya pic :D

Banyak perkara yang aku lalui sejak bergelar pelajar tahun akhir. Macam-macam perkara baru terjadi yang makin mematang diri. Belajar untuk hidup berdikari tanpa bergantung dengan orang lain. Ya. Itulah yang sedang aku lakukan saat ni. Kadang-kadang, terfikir juga. Sekarang ni baru bergelar student, macam tak cukup tangan dibuatnya. Kalau nanti sudah berumah tangga dan mempunyai anak-anak (hmm anak-anak?. Haha), macam manalah keadaannya. Hihihi. Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu/cubaan/dugaan yang melebihi kemampuan hambaNya. 


a married woman. fuhh. mcm ni ke nt?haha

Sungguh, dugaan yang datang adalah tanda rindu dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA. Selebihnya bergantung pada kita bagaimana harus bertindak dan menangani dugaan tersebut berbekalkan iman, semangat, usaha dan tawakal. Alhamdulillah. Moga ALLAH mudahkan jalan.

Dikelilingi insan-insan istimewa yang membuatkan diri ini juga ingin melangkah seiring dengan mereka. Banyak yang aku pelajari. Belajar untuk memberi dan menerima. Terima kasih buat kalian yang sentiasa tak jemu. Hehe. Ada masanya aku sengaja mendegilkan hati ku. Bukan sebab aku tak dapat terima nasihat kalian, tapi sebab aku rasa takut untuk mulakan langkah. Kalian memang sangat kuat. Dugaan yang kalian hadapi jauh lagi besar dari dugaan yang ku hadapi. Moga ALLAH mudahkan jalan kita semua. Aku sedang menuju ke arah itu. Namun bimbang kiranya aku tidak kuat untuk terus melangkah. Langkah yang kecil ku ambil, ku harap dapat menjadi satu titik permulaan untuk terus melangkah.

Selama ku meniti hari-hari sebagai pelajar tahun akhir ni, aku berjinak-jinak dengan usrah, satu perkara yang amat asing dulunya. Bertemu dan bergaul dengan insan-insan semasa usrah ni memberi satu suasana yang berbeza. Berbincang segala-galanya dengan merujuk pada al-Quran dan Hadith. Masa mula-mula join usrah, memang agak janggal dan terasa macam alien. Hehe. Yelah, akak-akak dan rakan-rakan usrah yang lain masing-masing dah kenal rapat. Lagi pun, group usrah yang aku join tak sekali dengan sahabat-sahabatku yang lain yang sudah terlebih dahulu berjinak-jinak dengan usrah. So, no wonder lah rasa macam terpinggir. Hihi. Tapi mereka semua sebenarnya sangat-sangat welcoming. Jadi, mula-mula je rasa tak selesa lepas tu macam rapat pulak. Hehe. 

lebih kurg mcm ni la gaye nye kalau ber'usrah'.hihi.

Dah 8 bulan juga la aku join usrah. Tak banyak yang aku ubah kalau dilihat secara lahiriah. Secara batiniah, biarlah hanya ALLAH yang menilai. Hanya satu yang aku ingin katakan di sini, ilmu ALLAH itu sangat luas. Makin dicari, makin banyak sebenarnya yang perlu dicari. Dari sekecil-kecil ilmu hinggalah pada peringkat yang lebih tinggi. Aku masih belajar dan masih lagi mencari. Kiranya ada yang aku lakukan tidak disenangi dan melampaui batasan, tegurlah aku. Insha ALLAH, akan aku perbaiki.

Istiqamah itu sangat penting dan itulah satu-satunya perkara yang payah untuk dilakukan berbekalkan iman yang lemah di dada. Ya ALLAH, aku mohon pengertianMu, bantulah hambaMu ini agar aku istiqamah dalam beribadat kepadaMu. Limpahkanlah rahmat dan pertolonganMu atas kami, hamba-hambaMu. Amin Ya Rabb al A'lamin.

May ALLAH bless all of us. AMIN.


Tuesday, June 26, 2012

Eksplorasi Semenyih di Hujung Minggu

Assalamualaikum..

Hehe..memandangkan arini bos dh bg keja balik..kene la wat keje..tugas arini kne wat "tree counting"..huhuh..sgt pening wooo..mata ni rase cm nak trcabut dh..mak sy ckp xelok wat keje mase waktu rehat..so ape lg..moh kte update belog ye..hoho..

Kali ni nak cite pasal aktiviti "hiking" ari ahad yang lepas..memg sgt syokkkkk..hihihi..dalam pukul 6.00 a.m, kami bergerak dari rumah ke UKM..kate Umie, ade sorang abg* yang akn bawak kitorang pg tu naek 4x4..memg thrill*..lagu gile abg Jamal bawak..nmpak je cm dh berumur..tp jiwe mude lg tu..:D

Dalam setengah jam lepas tu, kitorang pon smpaila kat destinasi (kaki bukit)..so ape lg..kami pon stat la mendaki..mula2 muke steady je..tgok masing2 excited je..haha..dh hampir suku jalan..sume dh termengah2..kecuali abg Jamal n Umie la..memg steady abis..saya, k.ain n fara masing muke dh pucat xberdarah..hahah..tapi semangat memg sgt kuat..so..dalam pukul 7.40 a.m kitorang dh smpai kat puncak bukit yang pertama..ade 3 puncak sumenye..

Alang2 dh smpai kat puncak bukit yg pertama tu..kte posing2 dlu..haha..Umie & abg Jamal prefer utk truskan pendakian ke puncak bukit yg kedua..so kami pun bergamba la sepuas2nyeeee....

kat belakang tu sunset..dalam pkul 7.30 a.m..klau real lagi cntik

hehe..comei kn..:D

fara n k.ain..dalam kepenatan pon..stil gile bgmbo..:D

ala2 titanic gitu..muahahhahaha

gooooddddd...:D

alalalalalaaa...koya nye minah ni..:D

comei dh tu..:p

k.ain mcm tgah stress je tu..haha

senyum cengini kan comeii..:D haha

mase ni ujan dh turun rintik2..tp xmo balik..:D


waaaa...memg betol2 kat tmpat tggi ni fara..:D

k.ain yg tomeiii..:p

eleh..kunun la die ni..:p hahaha

kami ber5 (abg Jamal, Umie, Fara, saya dan K.ain)

buai lajuuu..buai ku lajuuuuuu..:D

pokok ni dikenali sbg pkok kasut..haha..sape2 yg rosak kasut nye diorg maen cmpak je kat sini...kat sni jugak la..syed muzaffar berposing utk gmba kawen die..hmmm pelik2..:D

ni mase dh turun bukit..sempat lg k.ain soh amek gmba..:p
Hehe..ok..yg td tu sume gmba2 kami kat Bukit Broga..lepas tu kami g bekfes kat Restoran Ibrahim Maju pekena roti canai...nyum333....

memg sedap..tambah2 baru lepas pnjat bukit..memg perot bergendang la mintak diisi..:D

Lepas bekfes..kami bergerak ke destinasi seterusnya..konon2 nk mndi kolam air panas la kan..haha..mase tu mtahari dh tegak atas kepala..area 11 a.m..terik jugak mase tu..so..kami decide untuk merendam kaki je..bagus tu..kire nak bunuh sgale kuman kat kaki la kn..tapi serius..air kolam tu memg mujarab utk perubatan conventional..gatal2 ke..kudis2 ke..boleh la p situ..

k.ain buat muke comei yang xbrape nak comei..:D haha

masing2 tgah mnahan kepanasan air tu..hahah..
Then, dalam satu jam kemudian..kami pun bergerak ke Sg.Batangsi..destinasi air terjun..besttttt..smpai sane dlm pkul 12 tgahari..memg best la mandi air terjun sejuk2 tgah2 panas kn..heheheh..soo..ape lg..kami pon beramai2 la kedebabus!!! hohohoho..

rendam kaki dlu..sejuk3..

cantikkn??

Ni la housemate kami..Umie

seliper youtube ni pon nk interframe..:p


k.ain yg kelesuan...:p

ni lepas dh salin baju..n lepas solat..hihi.comeiii
yuhuuuuuuuuuu....

Lepas solat asar..dalam pkol5 ptg..kitorg pon berngkat pulang..huhu..memg kepenatan yg teramat..tp puas..thanks to Umie ko pelawa kitorg ikot die pnjat bukit..hehehhe..k2..nak smbung wat keje..xabis2 lg keje kire pokok ni..huhuh..tatatataaaa..:D




Friday, June 8, 2012

Final Exam !

Assalamualaikum..

Masuk hari ni..kira dah hari kedua final exam..paper semalam nampak cerah* masa depan..paper hari ni..tak tahu nak habaq lagu mana..hehe..60 40 la senang cerita..banyak juga soalan yang terconfuse sana sini dan membuatkan keyakinan untuk dapat A tiba2 menjunam ke B+..muhahahahahha..apa-apa pun..saya dah cuba lakukan yang terbaik..segala ilmu yang ada kat kepala ni dicurahkan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan..(tak boleh belah punya ayat)..hahahaha..

Tak ada apa yang nak dikesalkan..apa yang dijawab berdasarkan usaha..yang penting kita berusaha..dan semoga kita beroleh setimpal dengan apa yang telah diusahakan..(lau lebih, maksudnya rezeki la tu..:D hahah)..

Ok.tu je nak bagitau.tata! :D Wish Me LUCK!!!!

letih study!!! fuhhhh...
source: pinjam mr google jap
Related Posts with Thumbnails